Friday, August 31, 2012

My 30th Birthday

Happy Birthday !!!

It's my birthday. This year beta dah menjangkau ke usia 30 tahun. Wish beta for this year, harapnya segala ujian dan cubaan yang beta lalui berakhir. Beta berharap agar kehidupan beta lebih baik dari sebelum nya dan beta hidup dlm lebih keberkatan. Semoga Allah memanjangkan usia beta, melimpahi segala punca rezeki beta dan membuka segala pintu hati yang tertutup dan membersihkan jiwa dan nurani beta.

Tiada ucapan yang lebih baik dari Terima Kasih kepada bonda yang melahirkan beta dan kepada kedua ayahanda dan bonda yang membesarkan beta. Segala pengorbanan dan jasa mereka tak mungkin beta dpt balas sepenuh nya. Semoga Allah merahmati, melimpahi rezeki dan memberi kesihatan dan usia yg panjang buat dua wali keramat ini.

To all friends, Thank You for all the thought, doa and wishes and not to forget Selamat Hari Kemerdekaan ke 55 to all Malaysian.

Hugs,
Irwan Zulkefli

Sent from my BlackBerry®.

Last day at age 20's

Today it's going to be my last day at age 20's. Hihi...
Not much difference, just number counting my age. Sudah 30 tahun beta hidup, banyak perkara yang beta dah lalui.

A lot things happen and makes me more matured and adult. What was happen last 30 years beta ambil sebagai pelajaran dan ikhtibar untuk kebaikan beta di masa hadapan. Insyallah.


Sent from my BlackBerry®.

Sunday, August 19, 2012

Salam Aidilfitri


Salam Aidilfitri to all readers,
This year beta menyambut Hari Raya Aidilfitri di Pahang. Beza dgn tahun yang lepas-lepas di mana beta beraya rumah beta di KL.

Di kesempatan ini beta ingin memohon ampun dan maaf kepada semua jika ada salah dan silap terutama yang mengenali beta secara peribadi.

Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin.

Regards,
Irwan Zulkefli

Sent from my BlackBerry®

Friday, August 17, 2012

Berakhirnya Ramadhan...

Dalam sedar tak sedar, Ramadhan sudah sampai ke penghujungnya. Beta pun tak sedar sudah berada di pertengahan bulan Ogos..

Esok lusa dah nak hari raya. Beta masih belum dalam Mood hari raya. Insyallah, esok pagi-pagi after sahur beta akan bertolak pulang ke Pahang. Tahun ini beta tidak ada plan untuk bercuti panjang. Beta akan pulang semula ke KL pada hari Selasa kerana hari Rabu beta sudah start bekerja. Sengaja beta tidak mahu cuti panjang kerana beta mungkin hendak simpan cuti untuk hujung tahun. Setelah penat lelah untuk project yg beta sedang usahakan ini, rasanya beta betul2 memerlukan rehat panjang sebelum memulakan tahun 2013.

Kepada yang pulang ke kampung, hati-hati di perjalanan dan semoga selamat sampai ke destinasi.

Sent from my BlackBerry®