Alhamdulilah, sekali lagi Allah mengizinkan beta untuk bertemu dengan satu lagi Ramadhan. Jika last year Ramadhan, betul-betul menguji beta sbb ayahanda gering. Beta harapkan tahun ini, Ramadhan kali ini memberi kesempurnaan dan memberi kebaikan untuk diri beta dan keluarga.
Beta berharap tahun ini, dpt Qhatam 30 juzuk Al-Quraan dan menyempurnakan keseluruhan Tarawikh tanpa tertinggal walau satu. Insyallah. Makin beta dewasa, makin berbeza cara menyambut Ramadhan. Tahun ini, beta rasakan sesuatu yang agak berbeza. Semangat pun semakin kuat. Moga Allah membantu beta seperti mana Dia membantu beta setiap masa dan ketika.
Kalau nak ikutkan kerja, memang lah tak akan pernah habis. Hal Duniawi mmg tak akan pernah cukup untuk kita. Tetapi dalam masa yang sama, hal Akhirat beta tidak mahu lagi terlalu lalai. Kita tidak tahu, mungkin esok Allah menjemput kita kembali kepada Nya.
Salam Ramadhan Mubaraq buat to all... Semoga Ramadhan kali ini memberi kebaikan dan keberkatan untuk kita semua. Amin.
Sent from my BlackBerry®
No comments:
Post a Comment